Followers

Mutiara Kata

Rasulullah shallallahu 'alaihi wassalam bersabda yang bermaksud, "Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika di akhirat dikatakan kepadanya, Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai." (HR Ahmad, Ibnu Hibban, Thabrani, Dishahihkan Al-Imam Al-Albani rahimahullahu dalam Shahih Al-Jami’ Ash-Shaghir, no. 660).

Thursday, August 14, 2014

Result Exam

Assalamualaikum..

Salam Khamis semua. Wow! Esok Jumaat. Weekend.

14 August 2014-hari student dpt keputusan exam. Exam sem lepas. Tahniah student-student ku. Eh! Student saya mana tahu kewujudan blog ni. Tapi takpe la kot dia google, jupe blog kan!

Apapun takziah pelajar yang fail dan juga diberhentikan. Yes..i have a few students fail and diberhentikan. Sedih tu sedih, tapi apakan daya, dah cuba tolong. Tapi Allah yang inginkan macam tu, cari la markah kat sana ke kat sini ke..tetap tak boleh nak luluskan mereka. Maafkan saya.

Actually, kadang2 kesian dengan budak, nampak baik tp bila final exam tak perform, what should I do..carry mark pun per 40 je..so mmg kena perform la final...tak boleh la buat ala kadar. Apapun doakan semua student berjaya dalam hidupnya, fail dalam subjek tak bermakna fail dalam kehidupan. Mungkin dengan kegagalan itu buat anda lagi berusaha untuk berjaya.

Mood hari ni: Happy sebab student ucap terima kasih. Tapi sedih bila one student sms kenapa dia fail..so mood ke laut. Alamat, carca merba la coretan hari ni. Lagi satu student FYP ucap terima kasih. Student yang selalu kena marah yang ucap terima kasih tu...hehehehe..yang ucap terima kasih banyak pun kelas yang selalu kena marah juga...:-)

Okey la. Stop dulu.

Tuesday, August 12, 2014

Hutang

Assalamualaikum

Selamat pagi. Semoga hari ini lebih baik dari hari semalam. Semoga apa-apa perancangan berjalan dengan lancar.

Alhamdulillah, kebanyakkan anak muda, especially yang sudah berumah tangga akan fikirkan masa depan terutama pendidikan anak-anak kan! Ada yang fikir mahu beli rumah. Itu keperluan dan juga aset masa kini. Terlalu mahal rumah masa kini. Sangat mahal. Rumah sekarang hanya mampu lihat je.

Bercakap pasal rumah, rasanya saya belum lagi mahu memiliki sepenuhnya rumah sendiri. Biarlah dengan duit yang ada tu, saya enjoy. Bukan enjoy yang bukan-bukan yer. Actually rumah yang kami duduk sekarang tu pun dah jadi milik kami. Asalnya kami sewa dan sekarang ia milik kami. Walau tak sebesar rumah org lain, tp bersyukur kami dah ada rumah untuk berteduh. Sekarang terfikir nak renovate la skit. Biar nampak exklusifnya..Wait and see. Hajatnya dua je. Nak baiki lantai plus nak ada kitchen kabinet.

Semalam, jalan dengan kawan-kawan. Maklum la ada sorg kawan nak beli rumah, sorg lagi nak buat rumah. So sempatlah usha MBSB dan juga Bank Rakyat. Agak tinggi ratenya. MasyaAllah. Bayangkan pinjam RM250 000, then bayar dalam sebulan RM 2915 dalam tempoh 10 tahun, then after kira jumlahnya, kita akan bayar lebih sebanyak 99800..hampair 100K juga tu...seolah-olah kita pinjam RM 350, 000. Ini semua kadar yang tinggi. Takde kat dunia ni buat urusan jual beli tanpa ada rate. Kan bagus, pinjam RM 250 000, bayar pun RM 250 000. takde duit caj tambahan. Itu baru personal loan. Kalau loan perumahan, lagi banyak kot bayar..ye la lagi lama pinjam, lagi banyak la kadar yng kena bayar kan! Cuma dalam urusan macam ni, baik kita istikarah. Minta bantuan Allah sebaiknya. Kita boleh survey banyak tempat, boleh survey semua bank yang ada perkhidmatan pinjaman ni..then kita minta bantuan Allah dalam menyelesaikan masalah ni..

Sama juga dalam bab beli kereta. Hutang juga. Payah kat Malaysia nak beli cash. Kalau dapat tunggu la gaji disimpan dalam 4-5 tahun. Boleh la nak beli kereta cash. Itu pun yang harga dalam 40K-50K. Kalau yang lain, jawapannya hutang. Kena bayar lebih 10K dari harga sebenar. Tak nak hidup berhutang. Tapi kadang-kadang kereta tu keperluan. Mudah bergerak sana sini.

Bercakap pasal hutang, ayat yang paling panjang surah al-Baqarah ada menceritakan pasal hutang. Menceritakan bagaimana mahu berhutang, bagaimana konsep hutang yang dibenarkan dan sebagainya. 


So dalam kehidupan ini, kena fikir apa yang penting, so jangan la terlibat dengan hutang ni. sengsara.

Monday, August 11, 2014

Cerita Hujung Minggu Kami

Assalamualaikum

Bersiaran kembali di hari yang sama, Isnin tapi berlainan minggu dan tarikh.
Apa khabar kalian semua? Masih mood raya, tapi jangan lupa tunaikan puasa sunat bulan syawal. Hari ni pun dah 15 Syawal. Sekejapnya..rasa macam semalam 1 Syawal...oh tak terkejar dengan masa ni..makin dikejar makin cepat pula.

Macam mana weekend kalian. Mood raya, sure la berjalan sana sini..ziarah kawan-kawan, pergi jemputan kenduri kendara dan juga open house sana sini. Alhamdulillah, saya bersama suami anak2 sempatlah bersama-sama meraikan Aidilfitri bersama IKRAM PJ. Jamuan raya diadakan di Pejabat IKRAM PJ, Taman Medan. Jamuan raya disambut dengan sederhana aje, kemudian after makan-makan, beberapa ahli pergi ziarah beberapa rumah di Taman Medan sambil memberi sumbangan. Cara sederhana kami. ahli IKRAM beraya tahun ni.

Hari Sabtu tu tak pi mana sgt2..after jamuan raya di PJ, kami lost idea nak pi mana..jemputan open house ada, tapi nun di Shah Alam. So jalan2 berkereta, kemudian nampak pak cik jual cempedak. Cakap cik husband, sila berhenti kat situ. Agak lama tak makan cempedak. Kalau beli cempedak goreng, seringgit tu berapa la sangat. Tapi alhamdulillah, rezeki sekilo 3 ringgit je, dpt la beli 3 biji..baru 3 kg...satu biji kasi bb Muadz..alhamdulillah...then petang keluar cari lemang. Area Pantai Dalam mmg banyak lemang, pilih je mana satu berkenan. Yang penting kena tahu mana yg sdp..tapi beli ' lemang Tok ' agak sedap juga..lembut..tak keras..pergi masa tu ada 1 batang je..rezeki..cuma harga yang agak mahal kot..sebatang RM14.00..tak tahu la kalau tempat lain kan...

Hari Ahad, pi Tadika Hidayah, kat Jalan Tualang, Bangsar. Actually dekat dgn umah autie Ijat. Ada pameran anak-anak tadika kat sini. Hajat nak hantar Sofiya, tapi tu la agak jauh dr rumah..lagipun nnt jammed..tengok la camner..lagipun tadika tu mak cik Fauza yang kendalikan..ada sesi 4, 5 dan 6 tahun. konsep tadika ni macam2, maybe Montessori, ada belajar cooking, jahit, citer nabi...yuran RM450.00, tadika, kalau day care tambah RM300.00. yang penting konsep pendidikan. Bermain sambil belajar.

Then after puas-puas di Tadika, kami ke rumah CC Razak, ayah angkat husband ni..kenalan husband. Pak cik dah pencen. Dulu kerja DBKL. Satu jabatan dengan husband. Jabatan perumahan. Tiap-tiap tahun bila time raya ada lah pi ziarah. Cuma tahun lepas tak berkesempatan..tu tahun ni kena pegi. Dah setahun lebih CC pencen. Ingatkan nak ziarah rumah kawan husband lagi kat Keramat sana, tapi kawannya kerja..so berdessup balik Klang. Mana lagi kalau bukan rumah Uwan Sofiya dan Muadz. Takde sape pun kat sana. MIL sorg je. Adik-adik semua ada urusan, balik Puncak Alam dan juga berkerja. Kesian MIL..tapi apakan daya. Kehidupan. Anak-anak ramai pun, bila tua berseorangan juga. Anak-anak pun ada kehidupan masing-masing kan! Tapi jangan jadi anak tak mengenang budi sudah..kacang lupakan kulit.

Okey la, takde idea sangat nak menulis pagi ini. Nak bertazkirah pun tak dapat. Dengar IKIM pagi-pagi pun, kalau mata ni mengantuk..so tak fokus..tak dapat lah idea nak coretkan kat sini. Cuma tadi mereka bincangkan apabila Facebook dilarang..Facebook tak dibenarkan. Maklum la maklumat yang tak sahih banyak sangat tersebar secara meluas dan cepat hanya melalui Facebook. Pada kita, nak share something mestilah yang betul..jangan click share tanpa selidik kesahihan berita tersebut. Wallahualam..Ada akal, guna lah sebaik.

Friday, August 8, 2014

Ragam Anak - Mu'adz & Sofiya

Assalamualaikum dan Salam sejahtera

Apa khabar kalian semua. Hati tengah melonjak-lonjak nak update blog. Agaknya mood sudah kemari. Syukur, mungkin kerana sekarang student tiada, so masa tu ada lah skit nak berblogwalking sana sini kan.

Kemeriahan Syawal masih terasa..namun jangan lupa puasa 6 di bulan Syawal. Hari ni rasa nak cerita perkembangan budak comel di rumah saya ni, sape lagi kalau bukan adik Mu'adz. Kakak pun comel juga. Tapi apa kata kita cerita dua-dua perkembangan budak berdua itu di sini.

Alhamdulillah adik Mu'adz dah setahun sebulan. Namun masih mahu berjalan sendiri. Mahu ditatih, mahu berjalan 2-3 langkah aje. Then stop. Duduk. Dan tak nak berdiri semula, then merangkak selajunya.. Mungkin adik ni kurang rajin, kalau ikutkan dia mmg boleh jalan, tapi itu lah belum bersedia untuk berjalan sepenuhnya.

Bab makan, adik Mu'adz mmg juara. Makan apa je yang disuap. Asal lambat je mulalah menangis. Sedih, tangisan tu mmg kawan baik adik Mu'adz.

Hobi sekarang, hebat..mmg Allah bagi lelaki ni motor skill bergerak dulu. MasyaAllah, panjat, masuk, keluar walker tu mmg hobi sekarang. Panjat tak sampai 5 minit, duduk dalam walker tak sampai 2 minit, terus keluar. Sama juga kalau dalam kerusi baby. Memang tak boleh duduk diam. Anak lelaki la katakan. Alhamdulillah.

Ok. now kita cerita pula tentang kakak Sofiya. Alhamdulillah. Membesar dengan sihat. Next month genap 4 tahun. Skrg ikut ayah pi opis. maklum la bangunan taska sama dengan ayah dia. Dah pandai baca doa makan. Konsep saya dalam mendidik anak-anak, bermain sambil belajar. So first, biar la mereka explore dunia mereka. Kemudian dah puas explore, baru la mereka belajar. Tak ambil pot pun kalau anak lambat bercakap, belum pandai menulis, belum pandai membaca, belum pandai mengeja, belum pandai mengaji.

Bila baca blog kawan-kawan tntg persekolahan tadika anak masing-masing, terkilan pun ada. Ada ke patut anak-anak seusia Sofiya, pergi tadika, then diberi kerja rumah. Oh NO!NO!..Usia macam dia tu tak patut didera dengan kerja rumah. Waktu belajar kat sekolah, dahlah. Tak perlu dibebani dengan kerja rumah bagai. Aduhai, pendidikan zaman sekarang. Kakak skrg petah juga la bercakap. Tapi kalau dengan org tak dikenali, mmg ambil masa skit la nak bercoleteh itu ini. Ada beberapa patah atau word dia dah faham.
Macam puasa hari tu, dia tak faham pun apa kebendanya. Tapi apapun alhamdulillah. dia membesar dengan sihat walaupun badannya kurus, memilih untuk makan.

Jom kita tengok pic adik dan kakak yang ada dlm simpanan