Followers

Mutiara Kata

Rasulullah shallallahu 'alaihi wassalam bersabda yang bermaksud, "Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika di akhirat dikatakan kepadanya, Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai." (HR Ahmad, Ibnu Hibban, Thabrani, Dishahihkan Al-Imam Al-Albani rahimahullahu dalam Shahih Al-Jami’ Ash-Shaghir, no. 660).

Wednesday, February 29, 2012

lagi-lagi USRAH

assalamualaikum

sudah di pertengahan minggu, dan juga sudah akhir februari..dan juga sudah di bulan rabiul akhir...makan tak lama lagi akan bertemu bulan ramadhan..excited nak jupe bulan ramadhan ni kawan-kawan? hope dalam banyak bulan-bulan Islam, bulan Ramadhan la dikejar kan!

okey, jom kita citer pasal usrah? tak minat usrah? kenapa yer...kita kan org Islam..kawan-kawan ingat tak macam mana susahnya Nabi berdakwah..13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah? ingat tak tentang penghijrahan Rasulullah saw...

Jom kita tanya pada diri, apa yang kita mahu cari kehidupan ini? Duit yang banyak atau PAHALA yang banyak? masing-masing ada jawapan kan! tanya iman apa jawapanNya...

sebenarnya usrah ni bukan tempat belajar agama sahaja, tapi tempat pengkongsian dalam semua perkara tau! bila kita berusrah, kita rasa seronok...ukhwah dgn kawan-kawan usrah mmg akrab, susah senang di lalui bersama...kenapa perlu usrah yer kawan-kawan? jawapannya ialah itu lah cara dakwah Rasulullah..ingat tak lagi bagaimana Rasulullah mengadakan usrah di rumah Abi Al-Arqam? itu la permulaan dakwah nabi, secara sembunyi2 selama 3 tahun, berkumpul bersama-sama sahabat, belajar tentang Islam dan belajar juga kehidupan...

Menarik tak usrah ni? Ya mmg menarik..Usrah itu OSEM...betul tak? macam mana nak bagi usrah menarik? pertama usrah itu perlu dalam keadaan santai..no paksaan nak datang usrah..nak join usrah ni pilihan kita...lagi satu, naqibah yang bagus..kalau naqibah yang skema...usrah pun skema..tak best...usrah ni kena relax, baru OSEM..sepanjang saya berusrah, dah ramai yang jadi naqibah..ada yang bila time nak usrah je rasa stress..tapi ada juga yang seronok...rasa macam tak nak balik....

tapi bila cakap pasal usrah, mesti org cakap belajar agama je kan..oh tidak..dalam usrah kita boleh bincang semua perkara, masalah peribadi yang sukar di'settle'kan, isu-isu negara, especially sekarang isu SYRIA, MESIR, PALESTINE...sbb itu usrah tu best....

saya selalu tanya cik husband, 'abg, tak rasa jiwa kosong ke? ye la abang tak pi usrah, kelas agama pun takde,'...

sebabnya kita dijadikan Allah ni untuk beribadat kan! so kalau nak beribadat ni mesti ada ilmu...kalau nak cakap masa sekolah belajar pendidikan Islam...ya itu mmg ilmu..tak cukup tau..masa sekolah mana ada belajar hadith kan! sirah nabi pun skit..tak detail..tapi bila usrah kita akan kupas dengan sedalam-dalamnya...hadith ni kita patut belajar..kerana itu kan sebgai panduan org Islam...

pengalaman usrah?? sejak kecil mmg follow my mum pi usrah...dan alhamdulillah masih istiqamah untuk berusrah..dan sedang berusaha mengajak suami sama-sama berusrah..dan mempunyai satu fikrah yang sama...sesungguhnya usrah itu best, tempat untuk mentarbiyyah diri...memperbaiki diri untuk menjadi yang terbaik..dan juga tempat saling tegur-menegur....kalau kawan-kawan berminat nak usrah...boleh ajer..just contact me....

usrah nurul ni under pertubuhan IKRAM yer...
sesungguhnya usrah merupakan wadah untuk kita menyampaikan risalah Allah swt..semoga apa yang kita buat sentiasa mendapat pahala di sisi Allah swt..

2 comments:

Nurul aziyana said...

kalau yana tnya soklan tu kt hubby kan..mesti hubby akan jawab gini..nk belajar ilmu tak semestinya g usrah..bincang dlm group kt fb pun bnyk ilmu blh kongsi..hambek..nk jawab ape?
tp hubby mmg sokmo la discus dalm group..mcm2 group paling aktif pasal tentang syiah..hadoi

CaHaYa^KetEnaNGan said...

oh ye ker? cakap kat hubby, mmg pun..bleh berbincang..tapi bila bertemu dengan kawan2 yang sama fikrah ni lain..ada feel yang tak sama macam bincang dalam group seperti fb...
mmg pun kan, nak cari ilmu sekarang tak susah, klik je kuar apa yang dicari...cuma usrah ni kan maksudnya keluarga..bila cubit peha kanan, peha kiri sakitkan..itu la usrah..